Tuesday, June 28, 2011

Tesha & babies

Meow...

Kite masih tak larat nak update blog ni. Kite serahkan pada ibu je lah citer kali ini.

Ibu wrote :-

Semalam Tesha telah selamat melahirkan 3 babies.
Semalam sampai rumah lewat. Masuk je rumah tgk Tesha & Tabby macam biasa je cuma Tesha nampak macam tak larat. Tapi yang peliknya, Tabby seakan tidak mau kawan dgn kakak Tesha. Padahal sebelum ni dia sangat2lah manjanya dengan Tesha. Bila Tesha dekat je, dia marah. Mesti ada something wrong somewhere.

Tengah duduk2 tu terperasan yg ekor Tesha ada darah. Rasa2nya macam dah bersalin. Tapi perut masih besar.
Cuba cari kat atas, dalam bilik, dalam bilik air, kat bawah, kat dapur... tapi tak jumpa. Bunyi pun takde.
Perasan dia masuk bilik belakang. Tapi cari tetap tak jumpa. Dia pulak tengah org cari tu dia buat tak tau.
Pas tu ayah dia ajak dia naik atas. Nak pulak dia ikut. Siap bawak tunjuk kat ayah dia mana dia simpan babies tu. Laa.... dalam almari kosong, bawah drawer almari tu. Orang dah bukak sumer pintu, drawer almari tu tadi tapi tak jumpa dan takde dengar bunyi pun.

Nampak gayanya Tesha ni macam pandai & sayang sangat kat baby dia, walaupun umur dia still young & 1st time. Kejap2 dia naik atas, nyusukan anak dia.. So touching.

Tapi yang kesian nya, bila si Tabby sudah tidak mahu kawan dgn dia. Bila Tesha datang, dia marah. Sayu je mata Tesha....

Pesan Tesha : - Tabby, jangan lah marah kakak. Nak buat macamana kakak dah terlanjur... Tabby ambiklah iktibar yer.